PENGAJARAN DALAM BAYAGONG
Bayagong merupakan sebuah cerita rakyat dari sebuah pendalaman di
Sabah yang memaparkan kisah seorang yang kaya raya tetapi tidak memiliki rupa
paras yang tampan. Cerita ini mengungkapkan banyak nilai dan pengajaran sesuai
dengan fungsi sastera rakyat yang hidup dalam kalangan masyarakat iaitu sebagai
alat untuk hiburan dan mendidik secara langsung. Kehadiran Bayagong dalam himpunan cerita rakyat ini memperlihatkan bahawa
kesan dan impak melalui cerita rakyat ini adalah berbentuk positif dan boleh
diterima masyarakat.
Pengajaran yang terdapat dalam cerita rakyat bertajuk Bayagong ialah sikap terburu-buru,
jangan memberikan penderitaan kepada orang lain, tidak berlaku jujur, dan
berburuk sangka dengan orang lain. Pengajaran atau nilai pertama yang dapat
dikenal pasti melalui cerita rakyat Bayagong
ialah sikap terburu-buru dalam
membuat keputusan. Sikap Bayagong
yang mengambil keputusan untuk mencuri baju terbang Bidadari Bongsu ketika
Bidadari Bongsu sedang seronok bermandi-manda, ini menunjukkan sikap yang tidak perlu dicontohi dan tidak bermoral.
Seterusnya, contoh yang kedua dalam pengajaran dalam sikap suka terburu-buru
ialah ibunya yang kerap memaksa Bayagong
mencari calon isteri untuk dirinya. Seterusnya sikap salah seorang Bidadari
yang memaksa Bidadari Bongsu supaya turun tebing dengan cepat sehingga telah
mengejutkan Bayagong pada awal pagi
itu. Akibat dari sikap terburu-buru yang ditunjukkan oleh salah seorang
Bidadari itu menyebabkan Bayagong mula
tersedar bahawa terdapat orang lain yang berada di dalam hutan.
Contoh kedua pengajaran yang dikenal pasti dalam kisah Bayagong ini ialah jangan memberikan
penderitaan kepada orang lain. Ekoran dari kejadian yang telah menimpa Bidadari
Bongsu itu, sudah pasti ahli keluarga Bidadari Bongsu pasti akan merasa sedih
dan risau akan kehilangan Bidadari Bongsu. Oleh itu pengajaran yang dapat
diperincikan dari kisah ini iaitu jangan memberi tekanan perasaan kepada orang
lain. Seterusnya, akibat dari sikap Bayagong
yang telah mengambil baju terbang Bidadari Bongsu itu menyebabkan anak-anaknya
juga telah kehilangan ibu dan dia juga sudah kehilangan isteri. Hasil dari
sikap yang ditonjolkan oleh Bayagong
ini telah memberi definisi bahawa jangan membuat keputusan tanpa berfikir
dahulu.
Pengajaran yang ketiga ialah tidak berlaku jujur. Sifat
yang ditonjolkan oleh Bayagong dalam
kisah ini ialah apabila dia tidak berlaku jujur dengan dirinya sendiri apabila
dia telah mencuri dan menyembunyikan baju terbang Bidadari Bongsu sehingga
mereka sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Hal ini seharusnya tidak
patut dilakukan oleh seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Oleh
kerana sikap yang tidak bermoral ini telah mengakibatkan dirinya kehilangan
Bidadari Bongsu. Pengajaran yang terakhir ialah berburuk sangka dengan orang
lain. Sikap Bayagong yang menyangka
bahawa gadis-gadis yang menginginkannya itu bukanlah menginginkan dirinya
sepenuh hati tetapi lebih menginginkan harta-harta yang dimiliki oleh dirinya.
Apa yang menyebabkan Bayagong
berfikiran sedemikian ialah dia memiliki wajah yang hodoh mana mungkin
anak-anak gadis akan menginginkannya.
Cerita Rakyat Bayagong terdapat dalam Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia.
oleh:
Izzatty
Shalina