AROMA RINDU BONDA
Bonda menderap langkah menabur cinta
Menguatkan diri seteguh Khadijah
Bonda,
Bebelanmu acapkali membakar telingaku
Bonda,
Betapa masakan ibu berbekas pada lidah dewasaku
Aroma rindu terus menerawang ke minda bebasku
Dalam derita memaknakan bahagia
Sering sahaja mengelap duka kala senja tiba
Tak pernah sekali tampak duka di wajahnya
Hanya yang ada senyuman manis penghilang nestapa
Bondaku,
Sabarmu teringat selalu
Teringat kembali ketika dugaan datang menerpaku
Terus bangkit lalu terus mendakap indah bianglala bersama-samaku
Bonda,
Menuang setitis kasih sayang
Tetap setia walau jarak berbeda
Walau tenggelam dalam perjalanan masa
Pengorbananmu sentiasa beradu di fikiranku
Takkan pernah padam hingga ke syurga indah.
Janda Baik, Pahang
18 Mac 2015
Zaty Dean
No comments:
Post a Comment