Azman Hussin
Biodata:
- Azman Hussin atau dikenali dengan nama Jusoh Gobek (di dalam Facebook)
- dilahirkan di Pasir Puteh
- mula menceburkan diri dalam bidang penulisan semenjak akhir 90- an
- memenangi hadiah utama dalam kategori Kumpulan
Cerpen Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 1998/1999 dengan koleksi cerpen yang bertajuk Dongeng Pascamerdeka
- karya sastera yang dihasilkan:
- Keldai dan Kitab (2015)
- Dialetika (2016)
- Notis: Nietzsche Sudah Mati (2017)
Azman Hussin
(diambil daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm)
Dialektika
(sumber: https://www.goodreads.com/book/show/33382401-dialektika)
Keldai dan Kitab
(sumber: https://www.youbeli.com/keldai-dan-kitab-p-999506.html?stores=522)
AZMAN HUSSIN DALAM DUNIA DIGITAL
Melalui platform facebook misalnya, beliau banyak menceritakan tentang perihal manusia atau sikap orang Malaysia hari ini lebih- lebih lagi orang Melayu terhadap pelbagai isu kemasyarakatan sama ada dari sudut kehidupan atau pun politik manakala akaun facebook Jusoh Gobek sememangnya lebih banyak menulis tentang politik seratus peratus yang telah diwartakan bermula tahun yang sama yakni pada tahun 2011. Berdasarkan hasil penulisan beliau di alam maya, selain daripada menulis dengan menggunakan bahasa yang “kotor”, beremosi dan “dendam”, beliau mempunyai ratusan pengikut yang menyukai gaya penulisannya yang santai namun mesejnya amat mendalam sekali. Penggunaan dialek Kelantan dalam hasil perkongsiannya di media sosial juga antara penyebab ramai rakyat yang pro kerajaan misalnya menjadi pengikut setia dan pada masa yang sama, golongan anti kerajaan juga “bersepah” dalam wall beliau yang sentiasa mempersoal dan menyerang idealogi yang menjadi falsafah baginya untuk menulis.
Antara petikan tulisan terbaharu beliau dalam akaun Azman Hussin ialah:
“Kalau kita menyokong parti dan
bukan individu, maka kita akan menyokong sesiapa sahaja yang dilantik sebagai
presiden parti.Tetapi, kenapa apabila aku menyokong Najib, aku
dinasihatkan menyokong parti dan bukan menyokong individu?Bukankah sepatutnya orang yang menasihati aku yang patut
dinasihatkan begitu, iaitu menyokong parti bukan menyokong individu?Maksudnya, kalau betul kita menyokong parti kita haruslah
menyokong siapa sahaja yang dilantik sebagai presiden, dan bukannya menyokong
atau tidak menyokong dengan melihat siapa individu itu?Aku fikir logik dan cara fikir manusia zaman sekarang
sudah kacau-bilau.”
(Azman Hussin, 2018, April 4: 11.37 p.m.)
Gaya bahasa yang beliau gunakan sangat tajam
dan seolah- olah menikam kalbu khasnya yang melibatkan bagaimana sikap orang
Melayu hari ini sangat mendukacitakan yakni sanggup menjadi “kambing hitam”
dalam sebuah parti politik yang diterajui oleh orang bukan Islam semata- mata
untuk menjadi lebih berkuasa dan memiliki wang yang banyak lantas tidak lagi
kisah akan status Melayu yang dipegang itu. Situasi ini terjadi kerana pada
pandangan segelintir golongan ini, menjadi Melayu dan Islam pada hari ini,
tidak bermakna kehidupan perlu dikongkong oleh tuntutan agama sebaliknya sepanduk
liberal perlu diketengahkan sebagai gaya hidup moden seperti yang diperjuangkan
oleh beberapa pertubuhan tertentu di Malaysia.
Sehubungan
dengan itu juga, Azman Hussin juga aktif berkarya melalui blog yang diberi nama
http://ibnuhusayn.blogspot.my/. Di sini idea dan tema yang digunakan untuk menulis
juga masih sama yakni dibatasi dengan penentangan dan pemberontakan watak
utamanya untuk keluar daripada kemelut atau kepompong yang berlegar- legar di
sekeliling mereka dalam menjalani kehidupan di kota metropolitan atau di mana-
mana sahaja selagi ia memberikan rasa sesak atau terkepung. Namun sayangnya,
kali terakhir tinta curahan idea Azman Hussin ialah pada 2014, September 06
apabila beliau memperincikan keadaan Kuala Lumpur dari sudut pandangan rakyat
yang datang berdemonstrasi di jalan- jalan raya utama ibu negara kononnya
sebagai bantahan tidak setuju akan kemenangan parti pemerintah Barisan Nasional
pada pilihan raya ke- 13 (2013) walaupun menang tipis kepada parti pembangkang.
Watak utama yang diinspirasikan daripada seorang bekas mahasiswa perempuan yang
bertindak sebagai “hero” kerana dia merasa puas menjadi perhatian khalayak atas
aksi “keperwiraan” yang ditampilkan lalu menjadi tontonan segenap lapisan
rakyat negara ini. Sungguh penulisan Azman Hussin ini penuh dengan kata- kata
sindiran yang tajam ditujukan kepada golongan pelajar yang seharusnya berada di
kampus untuk mengulang kaji pelajaran bukan sebaliknya terpekik terlolong
mengharapkan simpati orang ramai.
Bakat penulisan Azman Hussin juga
dimanfaatkan dalam blog- blog dan laman sesawang seperti:
- malaysiakini.com
- penaminang.com
- mysuara.net
- bnbbc.my
- malayaof.blogspot.my
Kesimpulan:
Sebagai kesimpulannya, perkembangan teknologi maklumat pada hari ini menjadi salah satu medium untuk penulis berkarya sama ada bagi menyampaikan idealisme yang sesuai dengan gagasan yang dipegang oleh seseorang atau hanya sebagai alat untuk melepaskan rasa yang tersirat di hati. Kebaikan penggunaan medium digital seperti ini, secara tidak langsung memberikan pengarang lebih bebas untuk bersuara sementelahan dunia hari ini tanpa sempadan dan pada masa yang sama membolehkan khalayak untuk turut serta berganding bahu dalam bersama- sama memanfaatkan kecanggihan teknologi ini. Tambahan lagi, golongan pembaca seharusnya boleh berfikir dalam konteks meta- kognitif dalam menapis apa yang benar dan palsu.
oleh:
Shalina
Shalina
No comments:
Post a Comment