FAZLEENA & THE LASYKAR :
SATU PERJUANGAN DI MEDAN SENI
Dunia
sastera sekarang telah mula diterima oleh masyarakat zaman sekarang.
Penglibatan para penulis dan/atau para penggiat sastera dalam bidang ini juga
telah membuka mata semua pihak. Ini juga menjadikan medan sastera sebagai medan
mencurahkan idea, mencurahkan pemikiran, mencurahkan pandangan serta buah
fikiran. Tidak hanya tertumpu kepada media bercetak tetapi telah menerajui ke
media elektronik. Kehadiran media elektronik ini memberikan gambaran yang bagus
serta telah diterima oleh semua golongan. Oleh itu, kehadiran media bercetak
yang terlebih dahulu tetapi tidak ketinggalan kepada media elektronik yang
sedang melonjak naik. Kesan dari itu, menyebabkan dunia sastera atau medan
sastera ini diterima baik oleh semua golongan tanpa ada sikap prejudis terhadap
media bercetak.
Kesungguhan
dan ketelitian seorang penulis dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu itu
patut dipandang tinggi dan diberi penghargaan yang selayaknya. Karya yang
bermutu serta memberikan para pembaca berfikir itu adalah yang selayaknya
diberi perhatian. Hal ini kerana, melalui pembacaan seperti inilah yang akan
membentuk sebuah pemikiran baru dalam setiap diri pembaca.
Kehadiran
laman sosial dan blog juga telah membuka landasan baru atau medium baru yang
boleh diakses oleh semua pengguna. Lebih lagi kepada pengguna yang gemar
melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan tambahan. Oleh itu,
kemunculan laman sosial dan blog ini adalah lebih sesuai untuk kita jadikan
sebagai medium yang bermanfaat dan menyebarkan kebaikan kepada pembaca dan
pengguna.
Oleh
itu, antara penulis yang sedang meningkat naik dengan menghasilkan karya-karya
yang bagus dan diterima baik oleh masyarakat ialah Fazleena Hishamuddin.
Seorang penulis wanita yang prolifik dan sangat cinta untuk mengangkat tema-tema wanita dalam
karya yang telah diterbitkan oleh pelbagai rumah penerbitan. Beliau dilahirkan
pada 13 Novermber 1979. Memiliki Sarjana Muda Sastera (Major
Kesusasteraan Melayu) dan Sarjana Psikologi Kaunseling dari Universiti
Kebangsaan Malaysia. Berkahwin dengan Amar Amir yang juga sangat aktif dalam
bidang seni dan fotografi. Serta mereka sama-sama menjaga dan mengusahakan
perniagaan yang telah mereka berdua ceburi bersama-sama.
Hasil
usaha dan semangat yang telah ditonjolkan oleh beliau akhirnya membuahkan hasil
yang bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Kehadiran Markas
KD yang ditubuhkan oleh Fazleena Hishamuddin dan suaminya ini memberi peluang
kepada penggiat-penggiat seni untuk berjuang bebas dalam arena keseniaan ini.
Markas KD yang ditempatkan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Banyak
aktiviti yang telah dilancarkan di sana seperti majlis pelancaran buku, sesi
bertemu dengan penulis, wawancara mengenai buku, forum bersama penulis-penulis
mapan, dan juga teater pendek. Usaha yang gigih mula mempromosikan Markas KD
itu telah dikategorikan sebagai sebuah tempat penggiat seni hingga mendapat
perhatian dari penulis-penulis besar sama ada dari Malaysia ataupun luar
Malaysia seperti dari Indonesia mahupun Singapura.
Fazleena
Hishamuddin juga antara penulis yang sangat aktif di media sosial, laman web
dan juga di blog. Lenggok bahasa dan penggunaan setiap klausa yang digunakan
oleh beliau di dalam media sosial, blog atau laman web. Beliau memberi semangat kepada
pembaca hingga ramai yang telah mengsinpirasikan beliau sebagai idola dalam
dunia penulisan yang sebenarnya. Walaupun Fazleena Hishamuddin sangat sibuk
dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun dalam kalender beliau namun usaha
mereka untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang lain tetap dilakukan
sepenuhnya.
Menjadi
seorang Fazleena Hishamuddin bukanlah mudah, tuntutan kerja dan tuntutan
sebagai seorang isteri dan seorang anak melebihi dari keupayaan dirinya.
Baru-baru ini, tulisan beliau mendapat perhatian daripada pembaca dan
pengembara yang kerap sahaja mengambil peluang untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai percutian mereka. Percutian yang hanya menaiki kemudahan awam bersama
suaminya dengan bajet yang mampu menyebabkan ramai yang memberi perhatian
kepada tulisan tersebut. Di samping itu, beliau sangat aktif di media sosial seperti
Instagram, Facebook dan Twitter.
Kehadiran media sosial pada masa kini juga memberi peluang kepada beliau ataupun penulis yang
lain untuk saling berkomunikasi dengan pembaca, meluahkan idea-idea yang bernas
serta mempromosikan karya-karya beliau yang telah dibukukan atau yang telah
diterbitkan di mana-mana penerbitan buku dan majalah.
Fazleena
Hishamuddin juga sangat aktif dalam mengarah beberapa bidang teater di
Malaysia. Seperti contoh, beliau telah mengarahkan sebuah teater yang bertajuk
Kota Kelip-Kelip yang telah dilakonkan oleh 10 orang anak dari 4 buah rumah
anak yatim di seluruh negara. Teater yang diarahkan oleh beliau ini telah
berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2015 ini bertempat di DPAC, Petaling Jaya.
Teater seterusnya beliau telah berlakon di dalam sebuah pementasan teater yang
bertajuk Maduku Kalut.
Rasa cinta dan sayangnya beliau kepada dunia seni
ini, beliau juga turut menubuhkan sebuah kumpulan yang menyampaikan lagu-lagu
puisi yang lebih kepada bersifat esenmble, fun dan kontemporari. Fazleena
Hishamudin diklafikasikan sebagai seorang penulis, penggiat teater dan pendeklamator
yang mula bergiat aktif dalam bidang seni sekitar tahun 2006 lagi. Antara
rakan-rakan yang telah membangun bersama kumpulan ‘Fazleena and The Lasykar’
ialah Anas Ridzuan iaitu peserta program Mentor Tv3, penyanyi pelakon dan
penggiat teater, Saiful Bahry, penggiat teater, Ana Shuhada, penyanyi, Shah
Kimie, Hilmiwee dan Shariffuddin juga antara ahli yang memperjuang kumpulan
ini. Maksud ‘Lasykar’ tersebut ialah askar atau pahlawan yang menjadi tulang
belakang kepada Fazleena Hishamuddin dalam melagukan irama dan melahirkan melodi
yang segar dan bertenanga di setiap persembahan yang dipersembahkan oleh
mereka. Penglibatan Fazleena and The Lasyakar ini juga telah banyak dijemput
untuk membuat persembahan seperti di Bazar Seni, Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan,
Senang Festival 1, Stadium Melawati Shah Alam, Eksotikata 2, dan banyak lagi. Mereka juga telah dijemput untuk
melagukan puisi dan membacakan sajak di Singapura.
‘Fazleena & The Lasykar’
Markas KD
"Seksi Ovari"
"Bibir Ceri Melati"
Penulis buku
Seksi Ovari adalah sebuah buku puisi yang diterbitkan di bawah rumah penerbitan
Sang Freud Press telah mengilhamkan segala pemikiran ini telah mencipta
pelbagai kejayaan melalui karyanya ini. Manakala buku keduanya iaitu bertajuk
Bibir Ceri Melati ini yang telah menghimpunkan cerpen dan puisi.
Selain sibuk menyertai aktiviti di sana dan di sini,
beliau sempat sahaja mengemas kini blognya yang sering sahaja menjadi tempat
curahan hati dan perasaan beliau terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan
dirinya dan dunia di persekitarannya. Fazleena Hishamudin juga sedang giat
mempromosikan bukunya yang terbaru yang bertajuk “Tari Pasar Perempuan”
berkisarkan tentang hal wanita dan dunia di sekitarnya. Di samping itu, beliau
juga sangat aktif di sebuah blog yang beliau jadikan sebuah blog yang
bermanfaat dan memberi input-input yang berguna kepada pembaca. Nama blog yang
diberikan oleh beliau ialah hatiangkasa@blogspot.com. Sebuah blog yang dijadikan medan atau arena beliau
untuk berkongsi segala macam tentang kehidupan, buku, pemikiran dan juga
perkongsian dari beliau tentang-tentang hal dunia sastera.
Kesungguhan dalam memartabatkan dunia seni dengan
cara tersendiri amat dipuji dan dipandang tinggi oleh penggiat-penggiat seni
ini. Di samping itu juga, mengambil peluang untuk menjual dan langsung
mempromosikan pakaian yang direka sendiri menggunakan tema atau corak batik.
Jenama yang diterajui oleh beliau sebagai ketua dan rakan-rakan sebagai
pembantu iaitu ‘Goda b Fazleena’. Perniagaan yang sudah berusia 3 tahun 4 bulan
beroperasi mendapat sambutan yang hebat daripada penggemar-penggemar pakaian
wanita, lelaki dan aksesori berasaskan batik. Tema dan moto untuk ‘Goda by
Fazleena’ ini adalah “Pesona Nusantara”. Perniagaan ini bercirikan moden dan
kontemporari. Fazleena Hishamudin boleh dikategorikan sebagai seorang penulis
era sekarang yang sedang mencipta namanya sendiri dengan menghasilkan
karya-karya yang bermutu dan memberi inspirasi kepada pembaca.
"Goda by Fazleena"
No comments:
Post a Comment