Monday 26 March 2018


PENGAJARAN DALAM BAYAGONG

Bayagong merupakan sebuah cerita rakyat dari sebuah pendalaman di Sabah yang memaparkan kisah seorang yang kaya raya tetapi tidak memiliki rupa paras yang tampan. Cerita ini mengungkapkan banyak nilai dan pengajaran sesuai dengan fungsi sastera rakyat yang hidup dalam kalangan masyarakat iaitu sebagai alat untuk hiburan dan mendidik secara langsung. Kehadiran Bayagong dalam himpunan cerita rakyat ini memperlihatkan bahawa kesan dan impak melalui cerita rakyat ini adalah berbentuk positif dan boleh diterima masyarakat.


Pengajaran yang terdapat dalam cerita rakyat bertajuk Bayagong ialah sikap terburu-buru, jangan memberikan penderitaan kepada orang lain, tidak berlaku jujur, dan berburuk sangka dengan orang lain. Pengajaran atau nilai pertama yang dapat dikenal pasti melalui cerita rakyat Bayagong  ialah sikap terburu-buru dalam membuat keputusan. Sikap Bayagong yang mengambil keputusan untuk mencuri baju terbang Bidadari Bongsu ketika Bidadari Bongsu sedang seronok bermandi-manda, ini menunjukkan sikap  yang tidak perlu dicontohi dan tidak bermoral. Seterusnya, contoh yang kedua dalam pengajaran dalam sikap suka terburu-buru ialah ibunya yang kerap memaksa Bayagong mencari calon isteri untuk dirinya. Seterusnya sikap salah seorang Bidadari yang memaksa Bidadari Bongsu supaya turun tebing dengan cepat sehingga telah mengejutkan Bayagong pada awal pagi itu. Akibat dari sikap terburu-buru yang ditunjukkan oleh salah seorang Bidadari itu menyebabkan Bayagong mula tersedar bahawa terdapat orang lain yang berada di dalam hutan.


Contoh kedua pengajaran yang dikenal pasti dalam kisah Bayagong ini ialah jangan memberikan penderitaan kepada orang lain. Ekoran dari kejadian yang telah menimpa Bidadari Bongsu itu, sudah pasti ahli keluarga Bidadari Bongsu pasti akan merasa sedih dan risau akan kehilangan Bidadari Bongsu. Oleh itu pengajaran yang dapat diperincikan dari kisah ini iaitu jangan memberi tekanan perasaan kepada orang lain. Seterusnya, akibat dari sikap Bayagong yang telah mengambil baju terbang Bidadari Bongsu itu menyebabkan anak-anaknya juga telah kehilangan ibu dan dia juga sudah kehilangan isteri. Hasil dari sikap yang ditonjolkan oleh Bayagong ini telah memberi definisi bahawa jangan membuat keputusan tanpa berfikir dahulu.

Pengajaran yang ketiga ialah tidak berlaku jujur. Sifat yang ditonjolkan oleh Bayagong dalam kisah ini ialah apabila dia tidak berlaku jujur dengan dirinya sendiri apabila dia telah mencuri dan menyembunyikan baju terbang Bidadari Bongsu sehingga mereka sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Hal ini seharusnya tidak patut dilakukan oleh seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Oleh kerana sikap yang tidak bermoral ini telah mengakibatkan dirinya kehilangan Bidadari Bongsu. Pengajaran yang terakhir ialah berburuk sangka dengan orang lain. Sikap Bayagong yang menyangka bahawa gadis-gadis yang menginginkannya itu bukanlah menginginkan dirinya sepenuh hati tetapi lebih menginginkan harta-harta yang dimiliki oleh dirinya. Apa yang menyebabkan Bayagong berfikiran sedemikian ialah dia memiliki wajah yang hodoh mana mungkin anak-anak gadis akan menginginkannya.



Cerita Rakyat Bayagong terdapat dalam Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 







oleh:
Izzatty
Shalina


Tuesday 20 March 2018

KEHILANGAN



Kehilangan
mengorek hati sendu luka
tiada yang lebih baik
melainkan di sana



Utusan Melayu (2007, November 29). Usman Awang Permata Melayu yang Sukar Diganti. Utusan Melayu Online. capaian pada 20 Mac 2018, daripada  http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm. 


oleh:
Shalina Shah

KEKASIH oleh Usman Awang

Usman Awang - Kekasih


Akan kupintal buih-buih 

menjadi tali 

mengikatmu


akan kuanyam gelombang-gelombang

 menjadi hamparan

 ranjang tidurmu


akan kutenun awan-gemawan

 menjadi selendang

 menudungi rambutmu


akan kujahit bayu gunung

menjadi baju

pakaian malammu


akan kupetik bintang timur

menjadi kerongsang

menyinari dadamu


akan kujolok bulan gerhana

menjadi lampu

menyuluhi rindu


akan kurebahkan matari

menjadi laut malammu

menghirup sakar madumu


Kekasih, hitunglah mimpi

yang membunuh realiti

dengan syurga ilusi.



Usman Awang (1987). Puisi-puisi Pilihan Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 



Monday 12 March 2018

Ada yang berseloroh ...

Masih adakah pemikiran begini?
Adakah mentaliliti masyarakat yang masih berfikiran jumud?
atau pejuang itu sendiri bertopeng?

Sunday 11 March 2018

Konsep E- Sastera

Pandangan orang ramai mengenai E- Sastera 



p/s : video di atas juga boleh ditonton melalui link ini:




oleh:
Faiz
Shalina

APA ITU SASTERA?

     APA ITU SASTERA? 


 Sastera dapat didefinisikan sebagai sebuah hasil karya yang indah malah memberi manfaat kepada pembaca yang membaca.


}      Sastera “huruf” atau "buku"

}    ‘Su’ bermakna ‘indah’, ‘baik’ atau ‘berfaedah’

}    “Kesusasteraan” adalah sebuah karya yang indah malah memberi manfaat serta ilmu kepada pembaca yang membaca sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

}    Kesusasteraan ini lebih dimengerti bahawa sebagai sebuah pemikiran pengarang yang dijelmakan secara kreatif dan lebih kritis.

}  Karya-karya ini akan merangkumi dalam bentuk lisan, bertulis atau dengan menggunakan media baharu, iaitu menggunakan medium elektronik atau multimedia dalam menyampaikan gagasan pemikiran pengarang dengan membina sebuah laman web yang mampu memberi peluang kepada pembaca untuk lebih menikmati karya dengan lebih berkesan.



BAGAIMANA PULA DENGAN E-SASTERA?




E-(cyber literature) ialah sesuatu yang baru dalam ruang kesusasteraan pada zaman ini yang semuanya bergerak dengan serba pantas. 

E-sastera juga bermaksud merupakan hasil-hasil gagasan pengarang yang berbentuk kreatif, kritis malah yang memberi manfaat. Dalam hal ini, ini akan dapat dilihat bahawa e-sastera ini akan saling berkaitan dengan unsur-unsur siber atau elemen-elemen multimedia dengan menggunakan pautan internet sebagai medium atau tempat menyampaikan buah fikiran pengarang-pengarang.

E-sastera ini juga dikenali sebagai satu cabang kepada pengarang untuk mempamerkan hasil karya seni beliau di dalam bentuk yang lebih berinteraktif dan berinovatif.


Menurut Macmilan Ensiklopedia (2000), siber ini berasal daripada singkatan sibernatik (cybernatics) iaitu bidang yang berkaitan dengan komunikasi, mesin dan organisasi. 

Cybernatics berasal daripada perkataan Yunani, iaitu "jurumudi" atau "steerman". melalui cybernatics ini dapat dilihat bahawa manusia menyesuaikan diri sendiri serta membuat keputusan yang dijadikan asas kepada mesin automatik kawalan komputer. 

Sastera elektronik atau e-sastera mula diterima baik oleh para penulis zaman sekarang. Melalui e-sastera para pengguna boleh menghantar karya melalui hanya hujung sahaja. selesai menghantar karya tersebut, sekiranya ada penambahbaikkan, para penulis boleh mengedit sama ada untuk penambahbaikkan atau sebaliknya. Ia merupakan salah salah cara yang lebih efektif dan berkesan dalam era yang semuanya bergerak dengan pantas.

Kehadiran e-sastera ini pengarang atau penulis bebas berbuat apa sahaja untuk hasil karya yang telah dihasilkan oleh pengarang tersebut. E-sastera juga boleh diklafikasikan sebagai sebuah medium elektronik yang bersifat fleksibel dan boleh diubah serta ditambah dari semasa ke semasa tanpa ada had dari sesiapa. 


Sastera Siber juga membawa maksud sebagai karya-karya sastera sama ada berbentuk prosa tradisional atau moden. Melalui penggunaan sastera siber dapat juga dikenal pasti bahawa penyampaian lebih mudah dan terus tanpa menunggu lama untuk diterbitkan.



Kelebihan

Dari sudut positif menyatakan bahawa kemunculan e-sastera mampu memberi nafas baru dalam arena penulisan kini. Para pengarang atau para pemikir pada abad ini sudah mampu menggunakan ruang ini untuk menyampaikan buah fikiran dan melebarkan sayap penulisan mereka tanpa melengah-lengahkan masa dengan menunggu sesuatu yang belum pasti milik mereka. 


Kekurangan

Namun, ada dakwaan juga yang menyangkal akan kebaikan yang terdapat e-sastera ini sepertinya akan berlaku plagiarisme, akan kehilangan nilai dan mutu sesebuah karya serta akan mendapat tentangan daripada pengarang-pengarang yang lebih mapan dan berilmu. 



Rumusan



Oleh yang demikian, untuk meleraikan segala kekusutan daripada dakwaan itu dan ini, terdapat banyaknya kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji atau para ilmuwan sama ada di pengkaji tempatan atau pengkaji luar negara. Kemunculan kajian-kajian ini telah menjadikan bahawa e-sastera ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri serta mempunyai pengikut yang tersendiri. 








oleh:
'Izzatty