Monday 26 March 2018


PENGAJARAN DALAM BAYAGONG

Bayagong merupakan sebuah cerita rakyat dari sebuah pendalaman di Sabah yang memaparkan kisah seorang yang kaya raya tetapi tidak memiliki rupa paras yang tampan. Cerita ini mengungkapkan banyak nilai dan pengajaran sesuai dengan fungsi sastera rakyat yang hidup dalam kalangan masyarakat iaitu sebagai alat untuk hiburan dan mendidik secara langsung. Kehadiran Bayagong dalam himpunan cerita rakyat ini memperlihatkan bahawa kesan dan impak melalui cerita rakyat ini adalah berbentuk positif dan boleh diterima masyarakat.


Pengajaran yang terdapat dalam cerita rakyat bertajuk Bayagong ialah sikap terburu-buru, jangan memberikan penderitaan kepada orang lain, tidak berlaku jujur, dan berburuk sangka dengan orang lain. Pengajaran atau nilai pertama yang dapat dikenal pasti melalui cerita rakyat Bayagong  ialah sikap terburu-buru dalam membuat keputusan. Sikap Bayagong yang mengambil keputusan untuk mencuri baju terbang Bidadari Bongsu ketika Bidadari Bongsu sedang seronok bermandi-manda, ini menunjukkan sikap  yang tidak perlu dicontohi dan tidak bermoral. Seterusnya, contoh yang kedua dalam pengajaran dalam sikap suka terburu-buru ialah ibunya yang kerap memaksa Bayagong mencari calon isteri untuk dirinya. Seterusnya sikap salah seorang Bidadari yang memaksa Bidadari Bongsu supaya turun tebing dengan cepat sehingga telah mengejutkan Bayagong pada awal pagi itu. Akibat dari sikap terburu-buru yang ditunjukkan oleh salah seorang Bidadari itu menyebabkan Bayagong mula tersedar bahawa terdapat orang lain yang berada di dalam hutan.


Contoh kedua pengajaran yang dikenal pasti dalam kisah Bayagong ini ialah jangan memberikan penderitaan kepada orang lain. Ekoran dari kejadian yang telah menimpa Bidadari Bongsu itu, sudah pasti ahli keluarga Bidadari Bongsu pasti akan merasa sedih dan risau akan kehilangan Bidadari Bongsu. Oleh itu pengajaran yang dapat diperincikan dari kisah ini iaitu jangan memberi tekanan perasaan kepada orang lain. Seterusnya, akibat dari sikap Bayagong yang telah mengambil baju terbang Bidadari Bongsu itu menyebabkan anak-anaknya juga telah kehilangan ibu dan dia juga sudah kehilangan isteri. Hasil dari sikap yang ditonjolkan oleh Bayagong ini telah memberi definisi bahawa jangan membuat keputusan tanpa berfikir dahulu.

Pengajaran yang ketiga ialah tidak berlaku jujur. Sifat yang ditonjolkan oleh Bayagong dalam kisah ini ialah apabila dia tidak berlaku jujur dengan dirinya sendiri apabila dia telah mencuri dan menyembunyikan baju terbang Bidadari Bongsu sehingga mereka sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Hal ini seharusnya tidak patut dilakukan oleh seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Oleh kerana sikap yang tidak bermoral ini telah mengakibatkan dirinya kehilangan Bidadari Bongsu. Pengajaran yang terakhir ialah berburuk sangka dengan orang lain. Sikap Bayagong yang menyangka bahawa gadis-gadis yang menginginkannya itu bukanlah menginginkan dirinya sepenuh hati tetapi lebih menginginkan harta-harta yang dimiliki oleh dirinya. Apa yang menyebabkan Bayagong berfikiran sedemikian ialah dia memiliki wajah yang hodoh mana mungkin anak-anak gadis akan menginginkannya.



Cerita Rakyat Bayagong terdapat dalam Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 







oleh:
Izzatty
Shalina


No comments:

Post a Comment