Thursday 19 April 2018

90 TAHUN MASIH GAH DALAM DUNIA SASTERA - SCHOLASTIC

Dalam ruang kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi, bidang penerbitan seharusnya berupaya menerobos ruang maya yang dianggap sebagai dunia ghaib yang sekaligus menyebar-luaskan khalayak penerbitan dan dalam masa yang sama membantu menjana pulangan ekonomi dan pendapatan yang memberangsangkan. Alam maya boleh dijadikan sebagai platform terbaik bagi mana-mana penerbitan dalam mengkomersialkan mahupun meluaskan empayar perniagaan mereka selain daripada memberi manfaat kepada pembaca yang ingin mendapatkan maklumat terkini. 

Sejajar dengan itu, entri kali ini berpeluang untuk membuat analisis syarikat penerbitan buku yang secara aktif menggunakan alam siber sebagai medan perkembangan dan juga perluasan perniagaan penerbitan dan di samping itu bergerak sebagai sebuah NGO. 





90 TAHUN MASIH GAH DALAM DUNIA SASTERA SCHOLASTIC

Scholastic ialah sebuah syarikat penerbitan yang ulung di dunia. Diasaskan oleh Maurice R. Robinson pada tahun 1920. Firma ini pada asalnya beroperasi di Pennsylvania namun sekarang berpusat di New York dan dikenali sebagai Scholastic Publishing Company. Fungsi syarikat ini ialah menerbit, menjual dan mengedar buku serta bahan pembelajaran ke serata dunia. Firma ini juga merupakan pengedar buku terbesar di dunia. Untuk makluman, Scholastic memegang hak penerbitan Amerika Syarikat yang kekal untuk siri buku Harry Potter dan The Hunger Game.  Syarikat penerbitan ini mengedar buku kanak-kanak dan juga bahan pembelajaran secara digital untuk pra-sekolah sehingga gred 12. Sarikat ini pada dasarnya terbahagi kepada tiga segmen iaitu Children Book Publishing & Distribution (Trade, Book Clubs and Book Fairs), Education, dan International. Selain itu juga firma terkemuka ini juga dikenali sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai misi untuk membantu kanak-kanak membaca dan suka kepada aktiviti membaca. 






Buku terbitan Scholastic: Siri Hunger Games

(sumber: http://eleusinianmysteriesofreading.blogspot.my/2011/02/book-casting-hunger-games.html)







Buku terbitan Scholastic: Harry Porter 
(sumber:  https://www.barnesandnoble.com/w/harry-potter-paperback-boxed-set-books-1-7-j-k-rowling/1108948862#/)

Di dalam segmen International, syarikat penerbitan ini telah membina satu laman web rasmi mereka bagi memenuhi keperluan di Asia. 



http://scholastic.asia/en 


Melalui laman web di atas, syarikat penerbitan ini  memfokuskan kepada pasaran negara Asia sahaja. Hal ini penting kerana mereka mampu untuk memfokuskan keperluan pembelajaran dan juga minat berdasarkan masyarakat tempatan berdasarkan kebolehan dan juga silibus yang digunakan di kawasan tertentu. Melalui Kelab Membaca Scholastic, syarikat ini mengedarkan buku bergenre fiksyen dan juga bukan fiksyen. Buku-buku penerbitan ini disasarkan kepada kanak-kanak dan remaja. Kelab Scholastic ini bertujuan memberi info tentang buku-buku yang diterbitkan. Namun, bagi proses pembelian tidak disediakan urusan pembelian atas talian. Hal ini disebabkan oleh buku boleh didapati secara terus di kedai ataupun ejen yang terpilih di sekolah tertentu. Firma ini mempunyai dua kumpulan sasaran dalam meluaskan empayar perniagaan iaitu golongan pendidik dan ibu bapa. 

Bagi kumpulan sasaran pendidik, Scholastic telah menyediakan bahan pembelajaran digital. Guru-guru boleh memesan buku-buku dan dijadikan perpustakaan mini yang dikelola oleh pihak Scholastic sendiri. Bahan-bahan yang disediakan boleh digunakan sebagai bahan bantuan mengajar di dalam mahupun luar kelas. Hasil daripada penyediaan Kelab Scholastic ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara bahan yang sering mendapat tempat dalam kalangan pendidik ialah Build A list of Resources for your Classroom and Library, Classroom Plan for Teachers, Visit the Teacher Store dan juga Scholastic Education Solutions. 

Selain daripada penerbitan buku untuk kanak-kanak, Scholastic Asia juga ada menyediakan perisian yang amat bermanfaat kepada kumpulan sasaran kedua mereka, ibu bapa, iaitu program Scholastic Early English (SEE). Program ini bertujuan untuk memberikan kanak-kanak seawal umur 4 tahun untuk mengenal dan membaca serta pandai berbahasa Inggeris. Program ini juga merupakan sebuah manual atas talian menceritakan bagaimana para ibu bapa mampu untuk mengajar, mendidik serta membimbing anak mereka mempelajari bahasa Inggeris secara praktikal. Memandangkan sekarang ini ialah zaman teknologi, tidak dinafikan penggunaan buku dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu kaedah yang berkesan, namun fungsi perisian dalam alam maya juga mampu untuk membantu dalam pengajaran praktikal tidak dapat disangkal lagi. 

Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Scholastic. Syarikat Scholastic mengedarkan buku terbitan melalui sekolah, jabatan kerajaan dan juga syarikat swasta. Antara keistimewaan yang telah diberi oleh firma ini kepada Malaysia ialah sekiranya buku terbitan mereka diedarkan di sekolah, harga buku diberikan potongan diskaun agar harga yang ditawarkan merupakan harga mampu milik. Pelajar sekolah yang membuat tempahan melalui borang tempahan buku dan buku tersebut akan diberikan dalan tempoh tiga minggu hingga sebulan. 

Berdasarkan analisis fungsi dan motif kewujudan syarikat penerbitan Scholastic dalam internet ini dapatlah dilihat bahawa kemajuan teknologi dan maklumat amat penting dalam pelbagai aspek, bidang pendidikan dan penerbitan buku secara khususnya. Selain dapat mengembangkan empayar perniagaan, pihak berkenaan mampu untuk memberi manfaast kepada manusia sejagat dalam bidang pendidikan serta kemanusiaan. Perkara ini terbukti di mana Syarikat Scholastic telah membantu ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam memberi perkhidmatannya dalam bidang pendidikan.  Lihat pula dari aspek kesusasteraan, perkembangan dan kemajuan teknologi yang digunakan oleh firma ini membantu bidang sastera untuk diketahui dan mudah dicapai oleh sesiapa sahaja di mana pon mereka berada.



oleh:
faiz 

No comments:

Post a Comment