Saturday 28 April 2018

ADAPTASI DALAM HUNGER GAMES

Novel Hunger Games




Siri  Hunger Games
sumber: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbkzK-lmJ6IPsTqsJOVslW7Vd0EE-3-ZHzQayirPWP04SXdBvWoL4Zw4yY3GneE7ZpL0MsO_3tQKVj7qRyo2lvESNqrvcqUu7dkqww6BbtgpyDMPJkpCVbr3pG8I8sBbkSYv7FPkRnIJw/s1600/the-hunger-games-trilogy.jpg


Sinopsis:

       Kisah antologi ini dimulakan dengan  mengambil latar masa depan di mana Amerika Utara bukan lagi seperti hari ini. Negara ini dibahagikan kepada 13 Daerah dan dipimpin oleh Presiden Snow yang berpangkalan di ibu negara bernama Capitol. Setiap daerah ini mempunyai pekerjaan yang telah ditentukan oleh pemerintah dan Daerah 12 adalah pelombong arang batu. Watak utama prosa ini bernama Katniss Everdeen berumur 16 tahun dan tinggal di Daerah 12 bersama ibu dan adik perempuannya. Bagi mengukuhkan kekuasaan Capitol sebagai pemerintah, setiap tahun akan diadakan pertandingan Hunger Games yang memerlukan kesemua daerah menghantar dua peserta lelaki dan perempuan sebagai korban kerana pertandingan tersebut adalah bertujuan mencari seorang sahaja pemenang dengan cara membunuh yang lain.  

       Oleh sebab itu, untuk mendapatkan peserta di setiap daerah, terdapat wakil- wakil yang datang bagi memilih peserta dengan menggunakan cabutan bertuah terhadap kanak- kanak berusia 12 sehingga 18 tahun untuk bertanding. Pada waktu ini, adik Katniss yang berusia 12 tahun bernama Primrose telah terpilih sebagai tribute atau peserta bagi wakil perempuan namun sebagai kakak, Katniss secara sukarela menggantikan tempat adiknya dalam pertandingan itu manakala pada bahagian lelaki, Peeta Mellark yang merupakan kawan sekelasnya dan anak pembuat roti terpilih. 

        Maka, bermulalah kisah kedua- dua watak utama ini mengembara ke bandar Capitol untuk berlatih sebagai latihan kelangsungan hidup di dalam arena pertarungan nanti.  Katniss memiliki kemahiran memanah kerana telah dilatih oleh ayahnya sebelum mati akibat terowong lombong yang runtuh semasa Katniss berusia 12 tahun. Oleh yang demikian, Katniss sangat berdikari terutama dalam mencari wang dengan berburu di dalam hutan dan menjualnya kepada orang- orang besar di Daerah 12. Hal ini kerana ibu Katniss mengalami masalah kemurungan setelah kematian ayahnya lalu Katniss bertindak sebagai ketua keluarga. 

       Kemuncak buku pertama adalah bila mana Katniss dan Peeta berjaya menjadi  dua peserta akhir yang masih hidup dan disebabkan oleh peraturan pertandingan Hunger Games ini hanya melayakkan seorang sahaja pemenang maka mereka berdua bertindak memakan buah beri beracun. Justeru itu, game maker atau pembuat pertandingan ini membuat keputusan untuk mengumumkan kemenangan mereka berdua. Dengan ini, bermulalah kisah perjuangan Katniss untuk menentang Presiden Snow yang kejam dengan menjadi ikon kepada daerah yang lain untuk bersama- sama mengikuti pemberontakan ini.  

            
Trivia:

  • mula ditulis oleh Suzanne Collins pada tahun 2008 (buku pertama)
  • genre sains fiksyen
  • kategori pembaca remaja dan dewasa
  • diadaptasi ke dalam filem pada tahun 2012 (mempunyai empat trilogi filem)
  • novel dan filem pecah panggung (blockbuster)
  • diterbitkan oleh Scholastic

Filem Hunger Games 


Poster siri pertama
Sumber: http://perangfilem1.blogspot.my/2012/03/cacamarba-hunger-games-road-home.html


Catching Fire (filem kedua)
sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/The_Hunger_Games:_Catching_Fire



Mockingjay 
sumber:  https://upload.wikimedia.org/wikipedia/sl/9/9d/Mockingjay_Part_2_Poster.jpg


Adaptasi:


     Adaptasi Hunger Games ke dalam versi filem menunjukkan banyak proses transposisi yang dilakukan oleh pengarah filem. Transposisi ialah proses adaptasi yang dilakukan oleh penghasil filem atau teater terhadap karya sastera dengan mengambil olahan idea yang serupa tanpa mengubah plot atau elemen lain. Jika diperhatikan, versi filem memaparkan hampir kesemua adegan penting dan kesinambungan yang sama seperti novel yang diadaptasinya. 

     Walau bagaimanapun, terdapat juga unsur penambahan dan penggantian yang dilakukan oleh krew produksi khusunya dalam pemilihan pelakon utama seperti Peeta. Mengikut buku, watak Peeta digambarkan lebih tinggi di mana dalam salah satu adegan menunjukkan ketinggian Katniss hanya melepasi dadanya sahaja sedangkan dalam filem Peeta jauh lebih rendah daripada Katniss. Namun, dari sudut lakonan, Josh berjaya membawa watak Peeta dengan cemerlang seperti mana yang ditonjolkan dalam buku. 

    Begitu juga, unsur pemotongan turut diputuskan oleh pembuat filem dengan membuang beberapa watak yang penting di dalam novel seperti watak Madge Undersee iaitu orang yang memberikan pin berbentuk burung Mockingjay iaitu simbol penentangan Katniss dalam memperjuangkan kebebasan untuk hidup daripada pihak Capitol. Namun, dalam filem wataknya tidak wujud dan ini menjadikan ramai peminat novel yang asal marah dan kecewa dengan hasil filem tersebut. 

     Secara keseluruhannya, filem ini berjaya mengadaptasi karya teks Hunger Games dengan baik dan sebagai hasilnya setiap francais filem ini mendapat sambutan dan pulangan yang lumayan daripada peminat asal novel tersebut dan turut memiliki golongan peminat yang baharu sehingga tertubuhnya kelab yang mendasari filem tersebut. Tuntasnya, proses adaptasi telah banyak dilakukan semenjak zaman Shakepears mempersembahkan karya dalam lakonan teater bermula abad ke- 17. Walaupun demikian, karya kesusasteraan adalah pemberi ilham dan pemilik idea yang sebenar sehingga ia dicedok ke dalam medium berbeza. Dari sudut positifnya, setiap karya teks yang agung adalah hasil interteks atau penyalinan semula teks sedia ada sehingga menjadi satu karya baharu yang lebih baik. Namun begitu, setiap hasil adaptasi hendaklah memastikan karya terbaharu yang dicipta itu mendapat keizinan atau sekurang- kurangnya sesuatu yang menunjukkan karya mereka diiktiraf sama ada dalam bentuk ganjaran wang atau anugerah. 




oleh:
Shalina Shah


8 comments:

  1. antara buku dan adaptasi filem, mana yang lebih seronok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filemlah.. tak payah penat2 membaca dan membayangkan..

      Delete
  2. Ini bergantung kepada minat dan kecenderungan seseorang. Namun jika diberikan pilihan filem adaptasi lebih menjadi keutamaan kerana ia mempunyai dimensi 3D yang memaparkan keseluruhan naratif dan watak yang bersesuaian berbanding buku.

    Plihan awak?

    ReplyDelete
  3. mungkin filem adaptasi sebab lebih senang untuk memahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Tapi buku boleh memberikan buah fikiran untuk membayangkan sesuatu mengikut telahan masing-masing ^_^

      Delete
  4. Cerita yang mengangkat seorang perempuan menjadi wira... jarang2 diketengahkan... selalunya perempuan walaupun diangkat menjadi hero.. namun sekadar hero pada nama... Namun novel ni.. terbaik.
    Hidup perempuan... namun dalam kehidupan sebenar lelaki dan perempuan saling memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. Sangat jarang sesebuah kisah berlatarbelakangkan perjuangan mengangkat wanita sebagai perkara pokok. Ini merupakan kelainan terhadap novel yang menjadi popular seluruh dunia ini. Tetapi kata Puan, wanita dan lelaki dijadikan untuk sama lain ^_^

      Delete
  5. Menarik... Saya pula terasa nak membaca novel tersebut...hihi

    ReplyDelete