Tuesday 17 April 2018

FAZLEENA & THE LASYKAR : SATU PERJUANGAN DI MEDAN SENI


 FAZLEENA & THE LASYKAR : 
SATU PERJUANGAN DI MEDAN SENI

           Dunia sastera sekarang telah mula diterima oleh masyarakat zaman sekarang. Penglibatan para penulis dan/atau para penggiat sastera dalam bidang ini juga telah membuka mata semua pihak. Ini juga menjadikan medan sastera sebagai medan mencurahkan idea, mencurahkan pemikiran, mencurahkan pandangan serta buah fikiran. Tidak hanya tertumpu kepada media bercetak tetapi telah menerajui ke media elektronik. Kehadiran media elektronik ini memberikan gambaran yang bagus serta telah diterima oleh semua golongan. Oleh itu, kehadiran media bercetak yang terlebih dahulu tetapi tidak ketinggalan kepada media elektronik yang sedang melonjak naik. Kesan dari itu, menyebabkan dunia sastera atau medan sastera ini diterima baik oleh semua golongan tanpa ada sikap prejudis terhadap media bercetak.
            Kesungguhan dan ketelitian seorang penulis dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu itu patut dipandang tinggi dan diberi penghargaan yang selayaknya. Karya yang bermutu serta memberikan para pembaca berfikir itu adalah yang selayaknya diberi perhatian. Hal ini kerana, melalui pembacaan seperti inilah yang akan membentuk sebuah pemikiran baru dalam setiap diri pembaca.
            Kehadiran laman sosial dan blog juga telah membuka landasan baru atau medium baru yang boleh diakses oleh semua pengguna. Lebih lagi kepada pengguna yang gemar melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan tambahan. Oleh itu, kemunculan laman sosial dan blog ini adalah lebih sesuai untuk kita jadikan sebagai medium yang bermanfaat dan menyebarkan kebaikan kepada pembaca dan pengguna.
            Oleh itu, antara penulis yang sedang meningkat naik dengan menghasilkan karya-karya yang bagus dan diterima baik oleh masyarakat ialah Fazleena Hishamuddin. Seorang penulis wanita yang prolifik dan sangat cinta untuk mengangkat tema-tema wanita dalam karya yang telah diterbitkan oleh pelbagai rumah penerbitan. Beliau dilahirkan pada 13 Novermber 1979. Memiliki Sarjana Muda Sastera (Major Kesusasteraan Melayu) dan Sarjana Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkahwin dengan Amar Amir yang juga sangat aktif dalam bidang seni dan fotografi. Serta mereka sama-sama menjaga dan mengusahakan perniagaan yang telah mereka berdua ceburi bersama-sama.
            Hasil usaha dan semangat yang telah ditonjolkan oleh beliau akhirnya membuahkan hasil yang bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Kehadiran Markas KD yang ditubuhkan oleh Fazleena Hishamuddin dan suaminya ini memberi peluang kepada penggiat-penggiat seni untuk berjuang bebas dalam arena keseniaan ini. Markas KD yang ditempatkan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Banyak aktiviti yang telah dilancarkan di sana seperti majlis pelancaran buku, sesi bertemu dengan penulis, wawancara mengenai buku, forum bersama penulis-penulis mapan, dan juga teater pendek. Usaha yang gigih mula mempromosikan Markas KD itu telah dikategorikan sebagai sebuah tempat penggiat seni hingga mendapat perhatian dari penulis-penulis besar sama ada dari Malaysia ataupun luar Malaysia seperti dari Indonesia mahupun Singapura.
            Fazleena Hishamuddin juga antara penulis yang sangat aktif di media sosial, laman web dan juga di blog. Lenggok bahasa dan penggunaan setiap klausa yang digunakan oleh beliau di dalam media sosial, blog atau  laman web. Beliau memberi semangat kepada pembaca hingga ramai yang telah mengsinpirasikan beliau sebagai idola dalam dunia penulisan yang sebenarnya. Walaupun Fazleena Hishamuddin sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun dalam kalender beliau namun usaha mereka untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang lain tetap dilakukan sepenuhnya.
            Menjadi seorang Fazleena Hishamuddin bukanlah mudah, tuntutan kerja dan tuntutan sebagai seorang isteri dan seorang anak melebihi dari keupayaan dirinya. Baru-baru ini, tulisan beliau mendapat perhatian daripada pembaca dan pengembara yang kerap sahaja mengambil peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai percutian mereka. Percutian yang hanya menaiki kemudahan awam bersama suaminya dengan bajet yang mampu menyebabkan ramai yang memberi perhatian kepada tulisan tersebut. Di samping itu, beliau sangat aktif di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Kehadiran media sosial pada masa kini juga memberi  peluang kepada beliau ataupun penulis yang lain untuk saling berkomunikasi dengan pembaca, meluahkan idea-idea yang bernas serta mempromosikan karya-karya beliau yang telah dibukukan atau yang telah diterbitkan di mana-mana penerbitan buku dan majalah.
            Fazleena Hishamuddin juga sangat aktif dalam mengarah beberapa bidang teater di Malaysia. Seperti contoh, beliau telah mengarahkan sebuah teater yang bertajuk Kota Kelip-Kelip yang telah dilakonkan oleh 10 orang anak dari 4 buah rumah anak yatim di seluruh negara. Teater yang diarahkan oleh beliau ini telah berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2015 ini bertempat di DPAC, Petaling Jaya. Teater seterusnya beliau telah berlakon di dalam sebuah pementasan teater yang bertajuk Maduku Kalut.
            Rasa cinta dan sayangnya beliau kepada dunia seni ini, beliau juga turut menubuhkan sebuah kumpulan yang menyampaikan lagu-lagu puisi yang lebih kepada bersifat esenmble, fun dan kontemporari. Fazleena Hishamudin diklafikasikan sebagai seorang penulis, penggiat teater dan pendeklamator yang mula bergiat aktif dalam bidang seni sekitar tahun 2006 lagi. Antara rakan-rakan yang telah membangun bersama kumpulan ‘Fazleena and The Lasykar’ ialah Anas Ridzuan iaitu peserta program Mentor Tv3, penyanyi pelakon dan penggiat teater, Saiful Bahry, penggiat teater, Ana Shuhada, penyanyi, Shah Kimie, Hilmiwee dan Shariffuddin juga antara ahli yang memperjuang kumpulan ini. Maksud ‘Lasykar’ tersebut ialah askar atau pahlawan yang menjadi tulang belakang kepada Fazleena Hishamuddin dalam melagukan irama dan melahirkan melodi yang segar dan bertenanga di setiap persembahan yang dipersembahkan oleh mereka. Penglibatan Fazleena and The Lasyakar ini juga telah banyak dijemput untuk membuat persembahan seperti di Bazar Seni, Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan, Senang Festival 1, Stadium Melawati Shah Alam, Eksotikata 2, dan banyak lagi. Mereka juga telah dijemput untuk melagukan puisi dan membacakan sajak di Singapura.

 Fazleena & The Lasykar’


Markas KD




"Seksi Ovari"


"Bibir Ceri Melati"





            Penulis buku Seksi Ovari adalah sebuah buku puisi yang diterbitkan di bawah rumah penerbitan Sang Freud Press telah mengilhamkan segala pemikiran ini telah mencipta pelbagai kejayaan melalui karyanya ini. Manakala buku keduanya iaitu bertajuk Bibir Ceri Melati ini yang telah menghimpunkan cerpen dan puisi.

            Selain sibuk menyertai aktiviti di sana dan di sini, beliau sempat sahaja mengemas kini blognya yang sering sahaja menjadi tempat curahan hati dan perasaan beliau terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya dan dunia di persekitarannya. Fazleena Hishamudin juga sedang giat mempromosikan bukunya yang terbaru yang bertajuk “Tari Pasar Perempuan” berkisarkan tentang hal wanita dan dunia di sekitarnya. Di samping itu, beliau juga sangat aktif di sebuah blog yang beliau jadikan sebuah blog yang bermanfaat dan memberi input-input yang berguna kepada pembaca. Nama blog yang diberikan oleh beliau ialah hatiangkasa@blogspot.com. Sebuah blog yang dijadikan medan atau arena beliau untuk berkongsi segala macam tentang kehidupan, buku, pemikiran dan juga perkongsian dari beliau tentang-tentang hal dunia sastera.


            Kesungguhan dalam memartabatkan dunia seni dengan cara tersendiri amat dipuji dan dipandang tinggi oleh penggiat-penggiat seni ini. Di samping itu juga, mengambil peluang untuk menjual dan langsung mempromosikan pakaian yang direka sendiri menggunakan tema atau corak batik. Jenama yang diterajui oleh beliau sebagai ketua dan rakan-rakan sebagai pembantu iaitu ‘Goda b Fazleena’. Perniagaan yang sudah berusia 3 tahun 4 bulan beroperasi mendapat sambutan yang hebat daripada penggemar-penggemar pakaian wanita, lelaki dan aksesori berasaskan batik. Tema dan moto untuk ‘Goda by Fazleena’ ini adalah “Pesona Nusantara”. Perniagaan ini bercirikan moden dan kontemporari. Fazleena Hishamudin boleh dikategorikan sebagai seorang penulis era sekarang yang sedang mencipta namanya sendiri dengan menghasilkan karya-karya yang bermutu dan memberi inspirasi kepada pembaca.

"Goda by Fazleena"




No comments:

Post a Comment