Monday 16 April 2018

VIOLET EVERGARDEN

RESENSI ANIMASI VIOLET EVERGARDEN 



VIOLET EVERGARDEN
 (sumber: https://anime.desktopnexus.com/get/2351465/?t=29ig87qrc9fa9sk0lj38nrfun75ad58c1639c66)


      Anime atau animasi dari Jepun yang diadaptasi berdasarkan cerpen bersiri  ini baru sahaja melabuhkan tirainya empat minggu yang lalu. Ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua peminat animasi dan juga pembaca asal karya sastera yang bertajuk Violet Evergarden atau (ヴァイオレット・エヴァーガーデン Vaioretto Evāgāden).

     Serba sedikit tentang adaptasi cerpen ini ialah:
  • Ditulis oleh: Akatsuki Kana
  • Illustrasi oleh: Takase Akiko 
  • Tahun: 2015 sehingga 2018 
  • Jilid: 3 siri
  • Bilangan episod: 13
  • Tempoh tayangan: 11 Januari - 5 April 2018
  • Anugerah: Kyoto Animation Award's Novel 2014

Sinopsis:

     Kisah cerpen ini bermula dengan zaman selepas peperangan yang dilalui oleh seorang gadis yang bernama Violet Evergarden. Violet merupakan bekas perajurit yang telah dilatih semenjak kecil untuk menjadi "tool" atau senjata bagi pasukan tentera yang berperang di kawasan yang dinamakan Telsis (namun dalam dunia nyata lokasi yang digunakan sebagai latar ialah di Los Carneros American Viticultural di California, Amerika Syarikat) 

        Setelah tamat peperangan, Violet menjadi seorang Auto Memory Doll atau dipanggil ghostwriter yang bertanggungjawab untuk menyampaikan perasaan melalui surat yang ditaip kepada seseorang. Digambarkan melalui latar animasi ini, orang pada zaman ini tidak pandai membaca atau menulis maka diwujudkan jawatan ghostwriter bagi membantu mereka sama ada mencari orang hilang atau sekadar bertanya khabar. 

            Setiap episod menunjukkan bagaimana Violet berinteraksi dengan orang lain melalui kerja yang dilakukannya dan dalam masa yang sama, dia mencari makna "aishiteru" yang pernah diucapkan oleh Major iaitu penjaganya saat sebelum berlakunya letupan yang mengakibatkan kedua- dua tangan Violet hancur dan terpaksa digantikan dengan tangan yang diperbuat daripada bahan metalik prostetik. Selain itu, Violet juga belajar bagaimana untuk mengalami dan menghadapi emosi memandangkan selama ini dia hanya tahu menerima arahan. Namun, Major  telah menjaganya seperti seorang manusia yang mana diajarnya membaca, menulis, bercakap dan pelbagai lagi tingkah laku yang sewajarnya ada pada seseorang. 

            Akhirnya, Violet menerima takdir bahawa Major sudah tiada dan cuba belajar dan memahami perasaan serta emosi sendiri lalu menjalani hidup sepertimana yang dikehendaki oleh Major. Violet juga sudah pandai menitiskan airmata saat dia merasa sedih dan kecewa. 


Resensi:

        Animasi ini sangat meruntun hati dan jiwa di saat melihat bagaimana peperangan (kemungkinan Perang Dunia Pertama) telah menyebabkan banyak kerosakan pada bentuk muka bumi dan juga menunjukkan bahawasanya manusia itu sangat rapuh emosinya. Latar cerita ini yang sangat cantik sambil dipenuhi dengan musim yang pelbagai membuatkan penonton seolah- olah berada di dalamnya. 

        Ia mengajar kita supaya belajar untuk menyayangi, memahami dan menghargai orang lain sama ada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Pada masa yang sama, manusia diharapkan agar menerima kekurangan diri masing- masing dan menjadikannya satu tonggak kekuatan dalam menjalani kehidupan.
         Selain itu, kita yang lahir pada era selepas berakhirnya peperangan seharusnya menghargai kebebasan yang dimiliki adalah hasil perjuangan nenek moyang terdahulu dalam memastikan masa depan yang gemilang. Dewasa ini, jurang perhubungan dan interaksi di antara seseorang sangat jauh kerana kita lebih biasa dimomokkan dengan teknologi atau gajet dalam kehidupan seharian. Walhal, pada zaman dahulu setiap ahli masyarakat bergantung antara satu sama lain dengan erat sekali. 

         Akhirnya, walaupun ini hanya kisah rekaan semata- mata namun situasi yang berlaku dalam cerpen ini pernah berlaku sebelum dunia bebas daripada kuasa dan hak penjajahan di mana kemerdekaan telah mengambil alih. Janganlah kita memandang enteng akan hal menjaga keamanan dan kedaulatan yang kita miliki hari ini dek kerana sikap gelojoh atau tamak pada duit. 😃 







Lagu penutup animasi Violet Evergarden 
(sumber: Youtube)


Bibliografi

diambil daripada: 
https://definitiveanimereview.wordpress.com/2017/12/11/a-definitive-note-the-secret-location-behind-violet-evergarden/.

https://en.wikipedia.org/wiki/Violet_Evergarden.


oleh:
Shalina Shah




2 comments:

  1. zaman peperangan adalah zaman yang sukar bagi semua orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar.. jadi dengan itu, marilah kita sama- sama menghargai kebebasan yang kita miliki...

      Delete